TEKATAN
Seni tekatan amat popular di Semananjung terutamanya di Perak. Dalam seni tekatan , benang emas disulam timbul di atas kain kain baldu untuk membentuk ragam hias yang cantik. Setiap ragam hias pada sulaman akan diisi dengan mempulur untuk menampakkan kesan timbul pada tekatan tersebut. Biasanya mempulur diperbuat daripada rotan sega atau kertas keras. Kebanyakan reka cipta seni ragam hias tekatan adalah berdasarkan kepada pengalaman terhadap alam semula jadi seperti tumbuhan , unggas dan geometri.
Seni kraf ini juga dikenali sebagai sulaman timbul atau tekat bersuji. Antara peralatan tradisi Melayu yang dihiasi dengan tekatan ialah tikar sila, perhiasan katil dan tapak sireh.
Pada zaman kegemilangannya, seni ini dipelopori oleh gologan istana. Maka tidak hairanlah, seni kraf ini cuma menjadi perhiasan istana dan gologan bangsawan sahaja. Walaupun kini seni tekatan lebih banyak digunakan dalam perhiasan perkhawinan dan adat istiadat Melayu yang lain, keindahan dan ketinggian seninya mampu diketengahkan sebagai produk komersil.
GOLD THREAD EMBROIDERY
Gold thread embroidery or tekatan is a beautiful form of Malay needlework and most popular in Peninsular Malaysia especially in the state of Perak. By stitching gold threads on velvet fabric with desired designs beautiful relief are created on the surface of the velvet. Pith made out of Sega rattan or even thick paper is used as underlay for the patterns or designs are interpretations of the weavers through interactions with nature and they are heavily influenced by the elements such as flora, fauna and geometrical shapes,
This type of embroidery is also known as sulam timbul (raised embroidery) or tekat bersuji. some of the traditional Malay furnishings decorated with embroidery are mats, bedspreads and betel nut containers.
At the peak of its popularity the royalty patronized the art of embroidery. Thus, it is not a surprise that the art of embroidery became the exclusive adornments and usage of members of the royalty as well as the nobles. Now, this embroidery merely used as decor especially for Malay's wedding. It's beauty and high quality workmanship can be turned into becoming a profitable commercial product.
Sejarah dan Perkembangan
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.
Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.
Peranan Institusi dan Istana
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
Jenis-jenis Tekat.
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.